Setelah mendengarkan penjelasan daripada Amanda , Hayyat mula bertanya mengenai kes- kes yang sebelum ini. "Boleh kami dapatkan fail - fail mengenai kes pembunuhan ini , Kami hendak meneliti mengenai kes ini?” Amanda yang sedang menyemak dokumen yang ada di meja menoleh ke arah suara yang bercakap dengannya. “Oh Tuan Hayyat , boleh datang ke pejabat saya esok.” kata Amanda sambil tersenyum manis ke arah Hayyat. Hayyat membalas senyuman sekali sekala dia perasan yang Amanda ada curi- curi pandang ke arah sahabatnya tetapi dia tahu sahabatnya ada masa lalu yang membuatkan dia kurang untuk bergaul dengan perempuan “Kami akan datang ke pejabat awak dalam pukul 10.30 pagi?” kata Hayyat. Amanda hanya mengangguk dan senyum. Datang seorang forensik " Tuan , Puan kami sudah meneliti anting - anting yang Tuan Daniyal berikan pada kami, cap jari yang ada cuma cap jari mangsa tiada cap jari orang lain." Jelas wajah Daniyal Akid berubah bukan kecewa...
Catatan
BAB 1 : PEMBUNUHAN PERMULAAN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BAB 1 : PEMBUNUHAN PERMULAAN “Apa yang sedang berlaku disini” Daniyal Akid yang baru sahaja tiba di tempat kejadian melihat keadaan mangsa yang ditemukan mati dibunuh secara kejam. Daniyal Akid dan kawannya, Hayyat baru sahaja tiba dilokasi menerima panggilan dari atasan mereka bahwa mereka perlu pergi ke Bukit Tunku bagi menyelidiki kes pembunuhan tersebut. “ Tuan, wanita ini telah ditikam dan ditembak di kepalanya, waktu yang dijangka dibunuh adalah sekitar jam 10.30 malam tadi. " Salah seorang anggota forensik mengatakan hal tersebut kepada Daniyal Akid. " Tuan, terdapat satu barang dari mangsa yang iaitu telefon bimbit." forensik menjelaskan lagi mengenai hal tersebut. Hayyat tanpa mendengarkan penjelasan dari forensik terus menuju ke arah wanita yang dibunuh. Daniyal Akid mengekori dari belakang sahabatnya itu. Apabila melihat wajah wanita tersebut Daniyal Akid langkahnya terhenti ...