Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024
         Setelah mendengarkan penjelasan daripada Amanda , Hayyat mula bertanya mengenai kes- kes yang sebelum ini. "Boleh kami dapatkan fail - fail mengenai kes pembunuhan ini , Kami hendak meneliti mengenai kes ini?” Amanda yang sedang menyemak dokumen yang ada di meja menoleh ke arah suara yang bercakap dengannya.  “Oh Tuan Hayyat , boleh datang ke pejabat saya esok.” kata Amanda sambil tersenyum manis ke arah Hayyat. Hayyat membalas senyuman sekali sekala dia perasan yang Amanda ada curi- curi pandang ke arah sahabatnya tetapi dia tahu sahabatnya ada masa lalu yang membuatkan dia kurang untuk bergaul dengan perempuan  “Kami akan datang ke pejabat awak dalam pukul 10.30 pagi?” kata Hayyat. Amanda hanya mengangguk dan senyum. Datang seorang forensik " Tuan , Puan kami sudah meneliti anting - anting yang Tuan Daniyal berikan pada kami, cap jari yang ada cuma cap jari mangsa tiada cap jari orang lain." Jelas wajah Daniyal Akid berubah bukan kecewa...