BAB 1 : PEMBUNUHAN PERMULAAN



BAB 1 : PEMBUNUHAN PERMULAAN 



     “Apa yang sedang berlaku disini” Daniyal Akid yang baru sahaja tiba di tempat kejadian melihat keadaan mangsa yang ditemukan mati dibunuh secara kejam. Daniyal Akid dan kawannya, Hayyat baru sahaja tiba dilokasi menerima panggilan dari atasan mereka bahwa mereka perlu pergi ke Bukit Tunku bagi menyelidiki kes pembunuhan tersebut. “ Tuan, wanita ini telah ditikam dan ditembak di kepalanya, waktu yang dijangka dibunuh adalah sekitar jam 10.30 malam tadi. " Salah seorang anggota forensik mengatakan hal tersebut kepada Daniyal Akid. " Tuan, terdapat satu barang dari mangsa yang iaitu telefon bimbit." forensik menjelaskan lagi mengenai hal tersebut. Hayyat tanpa mendengarkan penjelasan dari forensik terus menuju ke arah wanita yang dibunuh.


       Daniyal Akid mengekori dari belakang sahabatnya itu. Apabila melihat wajah wanita tersebut Daniyal Akid langkahnya terhenti dan wajahnya bertukar terkejut akan wajah yang dilihatnya ketika ini. Apabila melihat keadaan Daniyal Akid yang terkejut, " Woi Kid, kau apahal muka macam tu kau kenal ke perempuan ni ?" Hayyat mula mempersoalkan kerana dia tahu sahabat dia bukannya seorang yang senang terkejut kalau setakat tikam berkali, terkeluar isi perut kerana sahabatnya sudah melihat lebih daripada kerat kepala. Daniyal Akid seolah-olah baru sahaja tersedar dari mimpi dan dia mula mendekati mayat wanita tersebut dan duduk secara bercangkung disebelah mayat " aku jumpa perempuan ni semalam , dia minta tolong dengan aku semalam tapi lepas daripada tu aku balik sebab dia cuma minta tolong tunjuk arah , aku cuma bagi arah yang hendak dia tuju." " Tapi aku pelik dia menuju ke arah KLCC sepatutnya macam mana dia boleh ada dekat sini?" Daniyal Akid mula mempersoalkan mengenai hal tersebut. Bangun dan bergerak mengelilingi mayat dan Daniyal Akid melihat satu anting-anting yang tersembunyi dibalik mayat. " Hayyat , panggil forensik dan tolong lakukan sidik jari pada barang ini" Daniyal Akid telah menyerahkan barang tersebut pada Hayyat dengan segera Hayyat memberikannya pada forensik.

      Hayyat telah menyerahkan barang kepada forensik dan kembali pada Daniyal Akid semula , Dalam perjalanan ke arah sahabatnya itu , dia melihat akan wajah sahabatnya yang seperti ayam kehilangan anaknya. " Woi okey tak ? kau apahal jadi gini pulak ? Ke ada benda yang kau nak cerita dengan aku ? Aku kenal sahabat aku ni mana pernah wajah mencuka macam sekarang kalau datang ke tempat pembunuhan. Bagi la tahu aku asal ? Daniyal Akid menarik nafas berat " Sebenarnya waktu aku jumpa dia adalah beberapa minit sebelum dia dibunuh, aku tahu kau akan rasa pelik sebab takkan aku tak perasan apa - apa yang pelik pasal perangai dia atau sebagainya dan ya aku tak nampak apa-apa yang pelik pasal dia ni, bagi aku dia nampak normal. " Daniyal Akid menjelaskan dengan panjang lebar tanpa menoleh kearah sahabatnya yang pasti sangat terkejut dengan cerita yang baru sahaja diberitahu olehnya. Hayyat mula mengingat semula bahawa sahabatnya semalam ada memberitahunya bahawa ada seorang perempuan misteri yang meminta bantuannya.

    Hal yang baru sahaja dia dengar dari Daniyal Akid membuatkan dia rasa curiga dengan apa yang diperkatakan tapi dia ingin percaya kata - kata sahabatnya itu dia tahu sahabatnya adalah seorang yang jujur dan bijaksana , takkan melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Kini dia mula pertanyakan kepada Daniyal Akid " Kau ada perasan tak dia dengan siapa masa tu ? " Daniyal Akid memandang sahabatnya " Aku tak perasan tapi dalam kereta dia ada seseorang untuk jantina aku tak dapat nak kenal pasti sebab dia bertutup dari kepala sampai ke muka" jawapan yang diberikan Daniyal Akid buat Hayyat bertambah syak bahawa orang yang membunuh perempuan ini adalah orang yang bersamanya. "Tapi siapa ?" terdetak di hati mereka berdua. 


      Sedang mereka berbual dan berbincang tiba - tiba terdengar suara seorang perempuan dan menegur mereka berdua " Assalamualaikum saya Detektif Amanda dari Pahang baru sahaja berpindah ke sini dan atasan saya minta saya untuk bekerjasama dengan dua detektif dari HQ , Adakah awak berdua ? " Hayyat tersenyum dan menjawab " Ye itu kami saya Detektif Hayyat dan ini partner saya Detektif Daniyal Akid boleh panggil saya Hayyat sahaja dan dia Akid " Hayyat hulurkan tangannya tapi tidak disambut oleh Amanda malah di tarik oleh Daniyal Akid. "Dia bertudung kau hulur tangan kau ingat dia nak bersalam dengan kau" Daniyal Akid berbisik pada telinga dengan nada yang keras di telinga Hayyat. Selesai sesi perkenalan mereka menuju ke khemah dimana terdapat beberapa bukti dan barangan mangsa yang ada.



       " Mangsa bernama Mikhayla Binti Abdullah , 26 bekerja di sebuah syarikat T&Z Sdn Bhd." Maklumat tersebut dibaca oleh Amanda dengan sangat jelas dan nyaring. Gambar diletakkan pada papan yang tersedia. Hayyat mula berasa pelik kerana terdapat juga gambar-gambar wanita dan lelaki lain di papan tersebut. "Maafkan saya, saya lupa perkenalkan dua orang detektif yang akan menjalankan misi ini bersama Detektif Daniyal Akid dan Detektif Hayyat" Apabila mereka diperkenalkan mereka berdiri dan tunjuk hormat. "Untuk pengetahuan tuan berdua tempat ini sebenarnya telah digunakan oleh pembunuh yang sama , disini juga berlaku pembunuhan dengan kaedah yang sama ditikam dan kepala mereka akan ditembak.”  Hayyat mencelah “apa maksud Cik Amanda pembunuh yang sama?” Amanda pun membalas “ye pembunuh yang sama”.”Macam mana Cik Amanda begitu yakin tentang ini.?” kali ini Daniyal Akid pula bertanya dengan nada yang serius setelah sekian lama mendiamkan diri , dia mula tertarik dengan info yang disampaikan oleh Detektif Amanda. “Ye, saya yakin kerana cara pembunuhan dan kesan yang ditinggalkan adalah sama. Dan juga saya dapati mangsa - mangsa yang dibunuh ini terdapat pertalian darah .” terang Amanda . Daniyal Akid mula berasa hairan mengenai kes ini. “Kenapa pembunuh tersebut mesti membawa setiap mayat keluarga tersebut di rumah ini ?” Daniyal Akid mula mempersoalkan tentang kes ini, kerana baginya membunuh ditempat yang berbeza kemudian dibawa sejauh ini hanya untuk meninggalkan mayat ? Soalan itu hanya mampu dipersoalkan dengan dirinya sendiri.

Ulasan